Indahkah Penipuan Ini???
Setiap perkara,maklumat atau info yang diterima akan diteliti kebenarannya..Pabila satu perkara itu sampai tidak kira dengan cara apa sekalipun samada SMS,call atau secara kata-kata terus dari si penyampai..Lebih-lagi ia berkaitan atau mempunyai hubungan dengan diri kita sendiri..Ahli keluarga mahupun sahabat handai..Rapat atau sekadar kenal begitu sahaja..Nama,asal dan belajar di bidang apa..
Tapi ia tetap dikatakan mempunyai hubungan dengan diri kita sendiri..Tentu kita ambil berat tentang mereka..Lebih menakutkan apabila sesuatu maklumat itu sampai di kala semua orang sedang enak di buai mimpi..Itulah perkara yang terjadi padaku..Dan mungkin rakan2 ku yang lain..Ketika aku sedang enak dibuai mimpi,kedengaran bunyi message memasuki ruang inbox handphoneku..aku buka dan membaca isi kandungannya..Terkilan aku seketika..Aku anggap ianya sebuah mimpi..Lebih2 lagi jam menunjukkan 2.56a.m..Tapi aku terus berfikir sejenak..Adalah ini satu gurauan..Tapi perkara ini tidak boleh diperguraukan atau dipermainkan..Aku biarkan ia seketika sehinggalah masuk waktu subuh..Aku buka kembali inbox dan ia betul2 ada di situ..Message yang menyatakan seorang rakanku telah meninggal dunia kira2 5jam lepas..Bermaksud ketika aku dapat message tadi,rakanku telah meninggal dunia pada jam 10mlm..
Aku terus berfikir sejenak..Aku tidaklah rapat sangat dengan rakanku itu..Tapi aku berkenalan kerana kami belajar dalam 1 bidang yang sama..Aku lebih kenal dia setelah kami sama2 berada dalam pasukan bolasepak batchku..Setelah aku yakini kebenaran message itu,aku sampaikan kepada rakan2 organisasiku yang lain..Kerana rakanku itu warga kolejku dan aku serta rakan organisasiku bertugas untuk menjaga kebajikan warga kolej kami..Lebih2 lagi ada di antara mereka yang mengenali rakanku itu..Mereka bertanya punca rakanku meninggal dunia..Aku tak mampu untuk memberi jawapan kerana aku pun tak tahu puncanya..Seorang dari rakanku menasihati aku agar maklumkan kepada Pengetua kolejku..Aku tangguhkan dulu kerana hendak tahu punca terlebih dahulu..Aku tanya kepada rakan yang memberitahuku berita tersebut..
Tapi apakan daya..Rakanku menyatakan ianya hanya berita palsu yang disebarkan oleh rakanku itu sendiri..Dalam messagenya kepada rakanku itu,dia menyatakan dirinya adalah kakak kepada rakanku itu..Berita yang aku terima itu sungguh tidak boleh diterima..Rakanku itu lebih malu untuk membalas setiap message yang diterima bertanyakan puncanya..Terlalu banyak call yang tidak dijawabnya kerana terlalu letih hendak menerangkan kepada setiap seorang sahabat yang mengenali rakanku itu..Aku??Sungguh bernasib baik berita ini tidak sampai ke pengetahuan Pengetua kolejku lagi..Tapi sukar untuk aku terangkan kepada rakanku yang lain..Cerita sebenar di sebalik penipuan tidak bermakna ini..Perkata yang tidak boleh dipermainkan..
Buat rakan2ku yang lain..Janganlah diikutkan perbuatan ini..Penipuan mengenai kematian sesuatu yang menyeksakan..Tolonglah jangan lakukan perkara yang tidak wajar ini..Lupakanlah gurau senda yang tidak masuk akal ini..Sesungguhnya ia akan jadi satu doa yang kita sendiri tidak harapkan..Yang kita sendiri cuba elakkan berlaku di kala diri masih digelumangi dosa yang belum tentu dihapuskan yang Esa..Lupakanlah pengalaman pahit perbuatan ini..
Sekian…